PAradies

Sabtu, 31 Mac 2012

ANAK KAMPUNG(JIMMYPALIKAT)

 
memang aku ini anak orang miskin,
tiada apa2 yang dapat ku berikan......
engkau memang cantik memang tiada padan
 dan tiada sepadan.......
aku anak kampung tiada pelajaran
kuli2 saja.......

(lagu ini adalh lagu rakyat sabah,memang sedap di dengar)
SEMOGA TERHIBUR....

 anak kampung

lagu/lirik;jimmypalikat

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI



Pengiraan Pemindahan Gaji

Mengikut PP. Bil. 1/2012
 x  %
Gaji Pegawai Pada 31 Disember 2011
 

Gaji Pada 31 Disember 2011

RM 0.00

Gaji Pada 1 Januari 2012

RM 0.00
Hak Cipta © 2012  Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Awam
Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Tel:(60)3 - 8885 3000/4000

Khamis, 29 Mac 2012

MANTERA

MANTERA


SPACETOON Spacetoon Media Hub Sdn Bhd (SMH), syarikat kerjasama Spacetoon yang berpangkalan di Dubai dengan kerajaan Perak, berjaya memperolehi beberapa temu janji dan rundingan pengedaran produk anak tempatan keluaran syarikat itu pada Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia 2010 (MIPCOM 2010) yang di Cannes, Perancis, pada 4 Okber lalu hingga 8 Oktober. 

Ketua Pegawai Eksekutif SMH, Sharifah Hendon al-Yahya, berkata pada pameran itu, syarikat itu akan membawa sebuah filem menggunakan teknologi CGI iaitu Mantera serta dua produk lagi menggunakan sistem tiga dimensi (3D) iaitu Maouia dan Net.Works!.

"Pameran berkenaan yang disertai dari 102 negara bakal dikunjungi kira-kira 12,000 peserta dari serata dunia sekali gus memberi peluang kepada produk dan bakat tempatan memperoleh peluang serta pendedahan antarabangsa," katanya di Ipoh, Perak.

Sharifah Hendon berkata, filem Mantera yang diterbitkan hasil usaha sama SMH dengan Flare Studio Sdn Bhd membabitkan pelaburan tempatan dan asing bernilai RM18.15 juta menampilkan penyanyi popular Tomok yang membawa watak utama manakala teraju penting wanitanya dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008. 

Pelakon tempatan lain yang turut berlakon dalam filem itu ialah Faezah Elai selain beberapa pelakon popular dari Timur Tengah dan Russia yang turut membintanginya manakala lagu tema digubah dan diterbitkan oleh kumpulan muzik popular tempatan, Pop Shuvit. 

Sharifah Hendon berkata, filem itu yang bertemakan fantasi berasaskan robot sesuai untuk siaran di TV dan mampu menarik minat penggemar siri popular seperti Robotech, Akira dan Gundam. 

Katanya, setakat ini, beberapa pihak di Amerika Utara dan Jepun sudah menunjukkan minat untuk membeli filem itu bagi tayangan televisyen di negara terbabit. 
Sementara, filem animasi `Maouia, Princess of Cordoba,' menonjolkan konflik antara tanggungjawab dan pembangunan diri Puteri Maouia yang berusia 13 tahun dalam pengembaraannya bagi membebaskan Putera Mahkota yang diculik dari istana hasil kesilapan puteri itu sendiri berkawan dengan orang yang salah. 

Filem itu mengambil watak anak patung bernama Fulla yang begitu popular dan berpengaruh di Asia Barat sehingga menenggelamkan anak patung Barbie yang terkenal di Barat. 

Sharifah Hendon berkata, penghasilan filem itu mengambil teladan daripada kejayaan filem animasi seperti Mulan, Princess and The Frog dan Shrek dan dijangka mampu menarik minat kira-kira 200 juta kanak-kanak dan remaja yang berkongsi budaya dan kepercayaan. 

Net.Works! pula adalah siri animasi untuk televisyen yang menggunakan tenaga kerja siswazah yang asalnya tidak mempunyai latihan asas dalam animasi 3D. 

Menurutnya, siri berkenaan menampilkan watak utama bernama Danny Paketo, yang secara tidak sengaja menjadi penyelamat dunia siber daripada serangan virus berbahaya. 

Katanya, ia bertujuan pendidikan dengan sasaran kanak-kanak lelaki berusia 6 hingga 11 tahun. 

"Ketika ini, Spacetoon sedang berunding untuk mendapatkan slot dalam televisyen serta peletakan produk di Kanada, Amerika Utara, Timur Tengah dan India untuk filem animasi ini," katanya.

Isnin, 12 Mac 2012

lampu gasolin butterfly


 LAMPU GASLIN BUTTERFLY Sebelum merdeka, kebanyakan rumah di Tanah Melayu menggunakan pelita minyak tanah atau gas untuk menerangi rumah pada waktu malam. Walau bagaimanapun, bagi majlis kenduri, Hari Raya atau majlis lain yang diadakan pada waktu malam, lampu gasolin digunakan kerana lampu gasolin boleh menerangi kawasan yang lebih luas. Lampu ni menggunakan mentol butterfly. Ianya dinyalakan dengan menggunakan minyak spirit yang di letakkan pada bekasnya dalam balang kaca. Tangki di bahagian bawah lampu diisi dengan minyak gas. Tangki ini dipam dengan menggunakan pengepam yang terdapat pada badan tangki. Ianya dipam dengan tujahan yang kuat untuk membolehkan mentol menyala dengan marak. Apabila keterangan cahaya lampu berkurangan, tangki minyak perlu dipam untuk menerangkan semula.teringat aku mase kecik-kecik dulu,bila aku pergi ke kebun arwah atuk aku,lampu nilah meneranggi pondok durian arwah atuk aku bila bermalam di situ bersama abng aku dan saudara aku,pengalaman yang menyeronokkan pada masa itu apabila bermalam di kebun arwah atuk aku yang di teranggi lampu gasolin BUTTERFLY....

my family

Sabtu, 10 Mac 2012

ayam goreng tepung dan ayam goreng bbq

Ayam Goreng Tepung & Ayam Goreng BBQ

    Bahan-bahan Ayam Goreng Tepung:
  • Ayam
  • Tepung
  • Tepung Jagung
  • Garam
  • Serbuk Bawang Putih

  • Bahan-bahan Ayam Goreng Madu BBQ:
  • Ayam
  • Sos BBQ
  • Madu
  • Mustard
  • Stok Ayam
    Cara-cara penyediaan Ayam Goreng Tepung:
  • Salut ayam dengan salutkan tepung dan goreng.

    Cara-cara penyediaan Ayam Goreng Madu BBQ:
  • Perap ayam di dalam perapan kemudian goreng.

nasi kandar kari ayam kering penang

Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang

    Bahan-bahan:
  • 9 biji Bawang Merah Kecil
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 batang Kayu Manis
  • 4 biji Bunga Cengkih
  • Cabai Kering
  • 2 biji Tomato
  • Serbuk Kari Ayam
  • 1 dada Ayam
  • 1 Yogurt
  • 2 cawan Beras
  • 2 helai Daun Pandan
  • Daun Kari
  • Air Mawar

    Cara-cara penyediaan:
  • Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.
  • Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.
  • Dada ayam dipotong kuib.
  • Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.
  • Apabila bahan tumisan dah naik bau masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.
  • Kacau sehingga ayam itu masak kemudian masukkan tomato.
  • Masukkan garam, gula, lada sulah secukup rasa.
  • Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.

kentang wedges goreng


Kentang Wedges Goreng 

    Cara-cara penyediaan:
  • Ubi kentang dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dipotong ‘wedges’. Setelah itu direbus sehingga masak. Masukkan garam secukupnya. Setelah kentang masak toskan air.
  • Pecahkan telur dan kacau sebati, masukkan serbuk secukup rasa maggi dan sedikit garam, kemudian gaulkan pada kentang ‘wedges’ yang telah direbus dan ditoskan.
  • Selepas itu taburkan tepung jagung yang telah digaulkan dengan Serbuk secukup rasa maggi. Gaul sebati seterusnya digoreng ranggup.

kek coklat durian

    Bahan-bahan:
  • Durian
  • Telur
  • Tepung
  • Pastri Filo
  • Gula
  • Bunga Rosell
  • Krim Putar
  • Krim Cheese
Cara-cara memasak:
  • Gunakan isi durian dan gaulkan dengan krim cheese hingga sebati.
  • Masak coklat hingga cair dan masukkan kuning telur, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan pastri filo ke dalam ketuhar selama 15 minit.
  • Apabila pastri filo sudah sedia, sapukan isi durian yang bercampur dengan krim cheese, dan gulung.
  • Pukul krim putar, letak di pinggan untuk dijadikan 'base'.
  • Letak pastri filo yang berinti di atas.
  • Tuangkan coklat di atas pastri.

kek ubi bit berempah

Kek Ubi Bit Berempah 

    Bahan-bahan Kek Ubi Bit:
  • 1 sudu kecil Garam Halus
  • 4 biji Telur
  • 1 1/3 cawan Gula
  • 1 ½ cawan Minyak Masak
  • 2 ¾ cawan Ubi Bit (dibuang kulit dan diparut)
  • 1 cawan Nenas (dikisar kasar)
  • 1 cawan Kismis Hitam
  • Bahan-bahan Kering:
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu kecil Baking Powder
  • 1 ½ sudu kecil Soda Bicarbonate
  • 2 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
  • ½ sudu kecil 5 Spice Powder
  • ½ sudu kecil Serbuk Buah Pala

    Cara-cara penyediaan Kek Ubi Bit:
  • Panaskan oven 165C. Sapukan minyak/mentega di dalam tin membakar kek dan alas bawahnya dengan kertas minyak.
  • Pukul telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.
  • Ayakkan campuran bahan-bahan kering ke dalam campuran telur.
  • Masukkan semula tepung ke dalam adunan sehingga sebati.
  • Masukkan ubi bit, nanas dan kismis hitam, gaulkan sehingga sebati.
  • Bakar di dalam oven selama 40-50 minit.

    Bahan-bahan Crumble Kcang Campuran:
  • 150gm Tepung Gandum
  • 150gm Mentega sejuk (dari peti sejuk, dikiubkan)
  • 100gm Gula Castor
  • 1 cawan Walnut (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)
  • 1 cawan Biji Bunga Matahari (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)

    Cara-cara penyediaan Crumble Kacang Campuran:
  • Kisar kasar kacang walnut dalam food processor.
  • Kisar bersama tepung, gula dan mentega sehingga menjadi crumble.
  • Gaulkan biji bunga matahari.
  • Taburkan crumble di atas dulang membakar dalam lapisan yang nipis.
  • Bakar di dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga garing.
  • Untuk menghidang, pecah-pecahkan crumble menjadi serbuk kasar.

    Bahan-bahan Sos Kastard:
  • 500ml Krim
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 biji Kulit Lemon
  • 5 biji Telur Kuning
  • ¾ cawan Gula Castor
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

    Cara-cara penyediaan Sos Kastard:
  • Panaskan krim bersama kulit kayu manis dan kulit lemon, tetapi jangan sampai mendidih.
  • Pukul telur dan gula, dan tuangkan krim panas ke dalam adunan telur.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masakkan campuran adunan kastard dalam mangkuk di atas periuk air mereneh.
  • Teruskan mengacau sehingga kastard pekat.
  • Tambahkan esen vanilla.
  • Tapis kastard dan sedia untuk dihidang.

udang bersos kari nyonya mangga

Udang Bersos Kari Nyonya Bermangga

    Bahan dikisar halus:
  • Udang 4 ekor
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 6 tangkai cili kering direbus

  • Bahan digoreng dan dipotong bulat:
  • 2 hiris terung
  • 1 hiris lada benggala hijau, merah, kuning
  • Rempah 4 sekawan
  • Sebelah biji manga
    Bahan dihiris:
  • 2 tangkal daun kesom
  • 2 tangkal daun ketumbar

  • Bahan-bahan lain:
  • 4 sudu besar santan
  • Minyak, gula, garam, lada sulah secukup rasa

Cara-cara memasak:
  • Udang digoreng di dalam pan
  • Sebelum itu, panaskan garam dan lada sulah dan sedikit bahan yang dikisar
  • Tumis bahan yang dikisar ke dalam pan yang berminyak sedikit
  • Tumis sehingga masak rempahnya bersama 4 cawan rempah.
  • Masukkan santan masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan mangga dadu, daun ketumbar dan daun kesum.
  • Tambahkan dengan garam, gula dan lada hitam
  • Susun sayur dan udang ke dalam pinggan dan hidangkan sos diatasnya